Atasi anemia ketika hamil
11:45Siapa pernah alami anemia ketika hamil? Kalau tak pernah, TAHNIAH! Memang anda sangat sangat sihat orangnya! Tak semua orang bertuah sebab tak de masalah anemia ni termasuklah saya sendiri. Saya memang selalu ada masalah hb turun naik semasa hamil tapi tak de la sampai tahap bahaya. Kalau hb asyik rendah je (kurang dari 10 bacaannya) doktor akan arahkan untuk kita warded dan di masukkan darah dan dengar khabarnya proses tu sangat menyakitkan. Wallahu'alam.
Bahaya ke anemia ni? Anemia ni terjadi apabila kandungan sel darah merah (hemoglobin/hb) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting untuk membawa oksigen ke sel sel tisu dalam badan kita. Bila sel dalam badan kita kekurangan oksigen, kita boleh bayangkan apa kesannya kepada baby dalam kandungan kita. Bayi tak mendapat cukup zat dan nutrient untuk membesar dengan sihat. Selain itu komplikasi semasa melahirkan juga boleh berlaku seperti tumpah darah .. huhu ,,, seraaammmm. Sebab tu laa sangat penting bagi seorang ibu hamil tu memastikan paras hemoglobinnya sentiasa dalam zon selamat.
Macamana nak atasi masalah anemia ni? Rasanya semua orang tau ni ... hanya satu je zat yang sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat iaitu Zat Besi. Ibu-ibu mengandung biasanya akan dibekalkan dengan pil zat besi/ferrus fumarate. Ibu-ibu mengandung ni memang biasa lah kekurangan bekalan zat besi dalam badan sebab dah ada baby jadi permintaan jadi berganda. Lebih-lebih lagi bila asyik muntah-muntah atau morning sickness, makin kurang lah zat besi dalam badan. Tapi dengan hanya mengambil pil zat besi sahaja tak mampu nak atasi anemia ni sebenarnya sebab zat besi perlukan vitamin c untuk lebih mudah diserap ke badan kita. Selain itu zat besi juga tak boleh diambil bersama produk tenusu sebab akan mengganggu penyerapan juga.
Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk atasi masalah anemia ni? Ikutlah nasihat doktor dahulu, makan sayur-sayur hijau. Ikut pengalaman saya, ambil peria katak/peria yang kecil tu buat ulam. Sayur pulak lebih elok kita makan ulam ulaman sebab kalau makan sayur hijau yang dah dimasak .. belum tentu lagi kita dapat 100% khasiat nya sebab dah musnah ketika proses memasak. Selain itu, banyakkan mengambil ikan bilis, kerang dan daging merah. Lebihkan juga mengambil buah-buahan seperti jambu batu dan kiwi. Dan paling utama sekali ambil lah makanan tambahan atau supplemen. Sebab apa tau? Sebab kita tak mampu nak makan benda-benda berkhasiat setiap hari. Makanan yang kita ambil hampir semuanya dah kurang khasiatnya sebab dah diletak baja, dah disimpan lama, ada pengawet dan sebagainya.
Jom tengok pengalaman orang yang ada anemia semasa hamil sampai kena warded hospital.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, jangan malu jangan segan, hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.
Zaharah
sms/whatsapp : 0196536303
facebook.com/zara77
Your Friendly Shaklee Distributor
0 comments