Cara mengatasi masalah batu karang di buah pinggang, pundi kencing dan hempedu
23:05Pernah dengar penyakit batu karang? Penyakit batu karang ialah pembentukan dan pemendapan kristal seperti batu di dalam saluran darah, buah pinggang, pundi/saluran kencing dan hempedu. Kebanyakan kristal ini terhasil apabila kalsium bergabung dengan salah-satu daripada 2 bahan iaitu oksalat (oxalate) atau fosforus. Batu juga boleh terbentuk daripada asid urik yang berlebihan dalam tubuh.
Simptom-simptom penyakit batu karang adalah kencing tak lawas, air kencing bercampur darah dan sakit, kelesuan, rasa berdenyut-denyut di bahagian abdomen dan loya, dan berpeluh-peluh seperti hendak demam. Jika anda mengalami simptom seperti ini segeralah mendapatkan rawatan dari doktor.
Cara merawat batu karang ini bergantung kepada saiz dan kedudukan batu karang tersebut. Sekiranya tidak membahayakan biasanya doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengamalkan diet-diet yang tertentu dan mengambil air yang banyak setiap hari supaya batu tersebut dapat pecah dan keluar sendiri. Sekiranya terdapat banyak batu karang ataupun batu karang terletak di dalam hempedu, pembedahan laparoskopik kolesistektomi perlu dilakukan segera untuk mengeluarkan batu karang sebelum ia menimbulkan komplikasi lain.
Ramai di antara pesakit batu karang ini mengakui mereka kurang minum air dan juga mengambil makanan yang tinggi kandungan garam. Selain daripada itu ada juga yang sering mengambil makanan laut seperti kerang, ikan bilis, sotong, udang dan sebagainya. Oleh itu, untuk mengelak daripada mengalami masalah batu karang ini kita seharusnya minum air yang mencukupi setiap hari (2 liter) dan makan lah secara sederhana. Kurangkan pengambilan garam dalam menu harian. Pastikan makanan kita seimbang setiap hari.
Pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi masalah batu karang. Shaklee mencadangkan anda mengambil
Ostematrix - membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi untuk mencegah tahap pembentukan oksalat (garam)
Vitamin C Sustained Release - membekalkan vitamin C secara perlahan-lahan kepada tubuh badan kita dan dapat meningkatkan keasidan urin dan mencegah daripada terbentuknya batu karang. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.
Performance Drink Shaklee mengekalkan jumlah air dalam badan dan mencegah batu karang.
Vivix - tonik Shaklee yang mampu membantu merawat di peringkat sel dan meningkatkan energi sel.
Jika anda perlukan penerangan dan info lebih lanjut, sila hubungi saya Zara di 019-6536303
0 comments