Informasi tentang Virus ZIKA yang perlu anda tahu.
12:43Dua tiga hari ni heboh juga lah orang mengatakan tentang virus baru yang diberi nama virus ZIKA. Virus ini khabarnya semakin merebak dengan pantas dan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama. Bayi yang dijangkiti virus zika ini akan mengalami pengecilan saiz kepala dan otak dan kemungkinan besar berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes. Nyamuk yang sama yang menyebabkan demam denggi berdarah dan chikukunya. Adoi.. jahat betul nyamuk ni yer. Virus Denggi pun susah nak kawal, sekarang virus Zika pulak. Sejak May 2015, virus ini tersebar dari Afrika sehingga 22 negara Carabien dan Amerika Latin. Sehingga kini tiada vaksin atau ubat untuk mengatasi virus ini. Oleh itu langkah pencegahan perlu di ambil segera. Sama juga seperti denggi, untuk mencegah virus zika dari terus merebak, kita perlulah menghapuskan nyamuk Aedes. Amalan kebersihan perlu segera di ambil perhatian. Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan persekitaran kita. Kuatkan sistem imuniti badan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan suplemen yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan melawan virus-virus ini.
Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah dan terhindar dari virus-virus berbahaya ini.
Aminn..
0 comments