Bahaya hypo thyroid jika tidak dirawat segera

23:29

Hypothyroid ialah keadaan di mana kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid yang terlalu sedikit sehingga menjejaskan taraf kesihatan. Hormon tiroid adalah sangat penting untuk mengawalatur metabolisme setiap sel dalam badan kita. Penghidap hypothyroid biasanya akan mengalami masalah berat badan, sembelit, lesu badan, keguguran rambut yang kronik, kemurungan, haid tidak teratur dan kulit kering.



Punca utama terjadinya hypothyroid ialah terdapat keradangan pada kelenjar tiroid sehingga sel-sel tiroid rosak atau mati dan tidak mampu menghasilkan hormon yang mencukupi. Biasanya ini terjadi apabila badan mengalami gangguan autoimun di mana badan menghasilkan antibodi dan merosakkan kelenjar tiroid. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan keradangan kepada kelenjar tiroid.

Selain daripada itu, kelenjar tiroid juga berpotensi untuk rosak sekiranya seseorang itu pernah menjalani kimoterapi, mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk jantung dan ubat penenang secara berterusan, dan juga pernah menjalani pembedahan membuang tiroid pada masa lalu.

Diet harian yang terlalu sedikit kandungan iodin juga boleh menyebabkan hypotiroid kerana tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Badan anda tidak menghasilkan iodin dengan sendiri,  oleh itu anda perlu mendapatkannya melalui diet anda. Sumber makanan yang tinggi kandungan iodin termasuk kerang, ikan air masin, telur, produk tenusu, dan rumpai laut.


Bahaya hypothyroid

Tidak ramai yang tahu mereka mengalami masalah hypothyroid dan tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya sehinggalah keadaan sudah terlalu serius Sekiranya ini berlaku, hypothyroid akan mengundang pelbagai komplikasi lain seperti
  • masalah jantung
  • ketidaksuburan
  • obesiti 
  • sakit sendi
Hypothyroid amat merbahaya kepada wanita hamil kerana ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Kekurangan hormon thyroid yang kronik boleh menyebabkan pesakit pengsan atau koma dan juga suhu badan akan menurun terlalu rendah sehingga boleh menyebabkan kematian.


Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengalami hypothyroid?

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala hypothyroid, segeralah pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang terbaik. Amalan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang berzat amat perlu untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang diperlukan. Pastikan juga anda mengambil makanan yang tinggi iodin untuk memastikan kelenjar tiroid dapat berfungsi dengan baik.




Pengambilan suplemen juga amat membantu mengurangkan kesan hypothyroid. Cadangan suplemen Shaklee yang sesuai untuk pesakit hypothyroid ialah 

1) Vitamin E 
2) Vitalea 
3) Ostematrix
4) Vivix

Testimoni Pengguna


Jika anda ada sebarang kemusykilan dan ingin memesan produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut.

Zaharah

0196536303

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images