Suka swimming tapi mudah sejuk menggigil? Ini petuanya.
10:22
Cuti sekolah hujung tahun yang lepas (2015) saya bawa anak-anak saya swimming di kolam renang UTHM. Kolam renang ni free je untuk staff dan pelajar UTHM. Seronok juga berendam ni .. hehe. Kemudian terfikir pulak.. kan best kalau boleh join swimming class. Sekurang-kurangnya anak-anak saya dapat belajar sesuatu yang baru.
So .. alhamdulillah .. saya dipertemukan oleh Allah dengan Cikgu Junaini dari SMK Seri Gading. Rupanya dia memang selalu organize kelas-kelas swimming ni. Dan yang paling penting bayarannya sangat sangat berpatutan. Jadi .. bermulalah sesi belajar berenang untuk anak-anak saya.
Mula-mula tu anak-anak saya baru je sekejap masuk dalam air dah mula lah menggigil-gigil menahan kesejukan. Risau juga kalau nanti diorang diserang asthma ke sebab sejuk sangat kan. Kemudian, coach renang tu beri satu petua. Katanya, kalau anak-anak (dan orang dewasa juga) mudah sangat sejuk menggigil, beri vitamin C extra dos setiap hari. Oh .. senang je rupanya. Saya pun cuba beri vitamin C extra (selalunya makan sebiji je tiap hari, tapi bila berenang saya beri 2-3 biji sehari) dan ternyata memang betul lah .. anak-anak saya berenang selama 2 jam setiap hari dan tak menggigil langsung. Alhamdulillah dapat satu ilmu baru.
Syukur Alhamdulillah juga, kini anak-anak saya dah pandai berenang dengan hanya belajar selama 6 jam ( dua jam sehari selama 3 hari). Anak-anak saya juga nampaknya lebih berkeyakinan diri dan yang pentingnya mereka sangat seronok. Bila anak-anak seronok, kita pun seronok juga .. kan kan kan ..
So .. kalau anak-anak korang semua suka swimming tapi tak tahan sejuk, ambil lah vitamin C extra ya. InsyaAllah tak ada selesema dan bersin-bersin kesejukan selepas itu. Pastikan vitamin C tu vitamin C yang berkualiti lah baru lah kesannya optimum. Kalau ada bajet lebih tambah minyak ikan supaya lebih bertenaga dan kuatkan antibodi juga. Badan sihat, otak pun cerdas.
Selamat berenang semua!
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan produk.
Call/sms/whatsapp 0196536303
Ingin dapatkan diskaun penjimatan sehingga 20% dengan setiap pembelian di atas?
Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran keahlian sebanyak RM79 untuk seumur hidup. Selain itu anda boleh menikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli shaklee termasuk peluang menjana pendapatan sehingga 4 angka, peluang melancong percuma, car bonus dan lain-lain. Hubungi saya zara 0196536303 untuk maklumat lebih lanjut.
0 comments