Pentingnya minum air untuk kesihatan jangka panjang
12:05
Berapa banyak korang minum air setiap hari? 3 gelas? 1 liter? 2 liter? Air yang saya maksudkan di sini ialah air kosong ye bukan air milo, kopi, teh, jus buah dan sebagainya. Air kosong ni sangat penting tau untuk kelancaran sistem badan kita ni. 70% daripada badan kita ni air .. kalau kurang air memang memberi kesan lah. Kulit kering, kusam, metabolisme jadi lemah sebab sel badan tak segar.
Bila sel badan tak segar, kita makan apa-apa pun tak dapat khasiatnya. Tambah pula kita ambil ubat-ubatan bila sakit, bahan-bahan kimia dari ubat-ubatan tu semua melekat di dalam badan kita tak dapat nak dikumuhkan dengan segera. Buah pinggang pun jadi penat. Lama-lama pelbagai komplikasi kesihatan akan timbul.
Bayangkan sel-sel badan kita macam span basuh pinggan tu. Bila span kering, mudah tak sabun nak meresap kepadanya? Bila span kering, mudah ke nak bersihkan kekotoran pada pinggan tu? Susah kan? Bila kita letak air, barulah semuanya dapat menjalankan tugas dengan mudah. Macam tu la juga sel sel badan kita. Bila kurang air jadi layu tak bermaya .. macamana nak bekerja kalau dah layu.
So .. korang semua jangan abaikan minum air kosong ni. Minumlah seberapa banyak yang boleh. Kalau dapat 2 liter satu hari memang terbaik lah. Kalau korang nak cari sumber air kosong dengan mudah dan bersih, rasanya pun sedap aje, boleh cuba water pitcher dari Shaklee ni. Mudah di bawa ke mana-mana. Tapis je dan terus minum tak perlu masak lagi dah.
Jom usaha untuk sihat. Mencegah sebelum sakit.
Wallahua'lam.
SHaklee Independent Distributor
Zaharah
0196536303
0 comments