Minyak ikan yang TULEN
21:26Sejak di bangku sekolah rendah saya amalkan minum minyak ikan Scott's Emulsion. Waktu tu minyak ikan ni tanpa perisa oren macam yang dijual sekarang. Tiap kali nak minum minyak tu memang sangat 'hazab', terpaksa pejam mata, tutup hidung semua. Ya Rabbi memang siksa betul nak makan sebab dengan bau hanyir, likat tak sedap yuck! Tapi saya makan juga minyak tu dengan kepercayaan bahawa saya akan jadi lebih bijak hihi.. Syukurlah dengan kepercayaan dan keyakinan tersebut, saya hanya merasa dapat nombor 6 sekali, yang selebihnya semua nombor 1 sahaja sepanjang bersekolah rendah. Hahaha.. bukan sebab minyak ikan semata-mata ye puan-puan, tapi keyakinan yang ditanamkan oleh mak dan ayah saya menyebabkan saya gigih juga minum minyak yang tak sedap dan busuk tu!
Sehingga sekarang saya masih berikan minyak ikan kepada anak-anak saya, bukan semata-mata untuk kecergasan otak tapi lebih untuk kesihatan jantung mereka. Tapi saya tak beri mereka minyak Scott's Emulsion tau, sebaliknya saya beri Omegaguard dari Shaklee.
Apa beza Omegaguard berbanding minyak ikan biasa? Cuba anda perhatikan label minyak ikan tu, ada tak jumpa 'cod liver oil'? Ohh..saya pun baru sahaja tahu bahawa 'liver oil' ni tak bagus untuk jangka masa panjang.
Selain dari itu, omega atau minyak ikan juga berperanan membantu percepatkan proses bakar lemak. Ya, sangat bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Terutama untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.
Apa pula peranan Omega dalam pengurusan berat badan?
Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak politaktepu yang penting untuk tubuh. Asid lemak Omega-3 terdapat dalam Omega Guard manakala Omega-6 terdapat dalam GLA Complex.
Omega-3 dan Omega-6 diperlukan oleh tubuh untuk penghasilkan eicosanoids. Eicosanoids adalah sejenis bahan yang dinamakan super hormon yang berperanan menggerakkan semua hormon dalam badan.
Eicosanoids berperanan dalam sistem penghadaman dan penyimpanan lemak. Omega-3 dan Omega-6 pula membantu melancarkan proses pembakaran lemak.
kredit to dapuraulad.blogspot.com
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya
zah15@yahoo.com
0196536303
0 comments