Gula Putih punca segala penyakit - jom Eat Clean!

09:59



RAMAI tidak tahu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula, bukan lemak seperti diketahui umum selama ini.
.
Gula diambil bukan sahaja secara langsung daripada minuman bahkan makanan berkarbohidrat seperti nasi selain manisan kuih-muih tradisional, kek dan aiskrim.
.
Di Malaysia, penggunaan gula adalah yang tertinggi menyebabkan penyakit-penyakit kronik meningkat saban tahun, manakala di negara maju yang mengutamakan kesihatan seperti di Jepun, penggunaan gula bukan sahaja pada tahap minimum, bahkan sukar untuk mendapatkan gula putih di pasaran mereka!
Sumber: Utusan Malaysia.
*********************************************************************************************************************

Terdiam juga saya membaca artikel di Utusan Malaysia semalam. Hmm ... baru perasan memang banyak sangat gula yang saya ambil setiap hari. Air manis memang jarang saya minum di rumah, tetapi kuih-muih dan kek tu memang kegemaran. Makanan berkarbohidrat pun banyak juga di ambil setiap hari seperti nasi, kentang, roti dan mee. Sayur sayuran dan buah buahan insyaAllah memang saya ambil setiap hari tapi ada juga buah yang tinggi 'gula' nya dan 'potion'nya masih tak mencukupi. InsyaAllah masih belum terlambat untuk berubah dan mengambil hanya makanan yang sihat. 

**********************************************************************************
Bagaimana gula merosakkan badan? Gula diambil akan memasuki aliran darah yang kemudiannya akan menyebabkan pankreas melepaskan insulin (insulin diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga). Apabila sejumlah besar gula diambil lebih banyak insulin dikeluarkan, sekali gus menyebabkan kita mengalami kejutan tenaga yang tinggi.
Apabila insulin tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurangan dengan mendadak sehingga timbul tanda-tanda kekurangan gula seperti keletihan, kurang tumpuan dan pening sejurus mengambil makanan manis.
Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak. Lebih banyak insulin dihasilkan, lebih banyak lemak terkumpul. Selain menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi, gula juga dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti kerosakan fungsi hati, penurunan sistem imuniti badan dan diabetes.
Sumber: PERDI
********************************************************************************************************************

Nampak tak apa kaitan gula dengan pelbagai penyakit? Sebab itu lah amat penting kita makan dengan lebih sihat.Sebenarnya makan makanan yang sihat ni bukanlah bermakna kita perlu menahan nafsu makan dan hanya makan makanan yang tak sedap sahaja. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah menghadkan pengambilan gula dalam makanan dan pilih makanan yang lebih berkhasiat, itu sahaja. Contohnya kalau selalu makan kek sepotong besar, mungkin boleh kurangkan kepada separuh sahaja pada satu satu masa. Atau jika selalu makan nasi penuh pinggan, mungkin boleh dikurangkan kepada 1/4 pinggan sahaja. 


Agak-agak rasa kenyang tak kalau makan banyak tu je nasinya? Sebenarnya boleh kenyang .. serius! Sebab itu lah yang diperlukan oleh badan kita. Jika kita makan lebih dari itu tenaga yang dihasilkan hanya akan tersimpan dalam badan kita sahaja, dan itu lah yang menyebabkan pelbagai penyakit tu, plus berat badan pun meningkat. Gula putih pula boleh digantikan dengan madu atau gula perang kerana ianya lebih menyihatkan.

Berubah lah sebelum terlambat. Makan lebih berkhasiat. Hidup lebih sihat. Solat jangan tinggal. 




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images